|

DAP Hilang Akal, Tuduh UMNO Ajak Masuk BN

DAP kelihatan semakin terdesak sehingga sanggup membuat pembohongan dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan dengan mendakwa kononnya UMNO mempelawa parti itu menyertai Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman menyifatkan dakwaan DAP itu sebagai tidak masuk akal dan mempunyai niat untuk melaga-lagakan UMNO dengan parti komponen lain dalam BN.

“Adalah suatu yang tidak masuk akal, apabila DAP mengatakan UMNO mengajak mereka menyertai BN, apa yang dilakukan itu hanyalah sebagai propaganda mereka untuk menunjukkan UMNO dan BN berada dalam keradaan terdesak, sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya, DAP yang kini semakin rasa tertekan berikutan rakyat kini sudah kembali menyokong BN.

“Selain itu, mereka sebenarnya mempunyai niat jahat dan sengaja ingin melaga-lagakan hubungan baik yang dijalin antara parti-parti kompoenen dalam BN, mereka nak tengok kita bergaduh sesama sendiri dan akhirnya memberi kelebihan kepada mereka,” katanya kepada UMNO-online.

Hamidah berkata demikian ketika diminta mengulaskan berhubung kenyataan di beberapa blog dan media pro pembangkang yang mengatakan kononnya UMNO mempelawa DAP menyertai BN bertujuan untuk menarik sokongan pengundi kaum Cina menjelang pilihan umum ke 13.

Menurutnya, adalah mustahil UMNO atau BN untuk menerima DAP kerana perjuangan parti itu bercanggah dengan apa yang diperjuangkan oleh BN untuk semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa.

“Walaupun DAP mengatakan mereka parti berbilang kaum, namun mereka sebenarnya lebih tertumpu kepada sesuatu kaum Cina sahaja berbanding kaum lain walaupun mereka mengatakan mereka berjuang atas prinsip Malaysia Malaysian.

“Selain itu, DAP nampaknya cuba mengelirukan pemikiran rakyat dengan kenyataan itu supaya rakyat membenci UMNO dan BN dan akhirnya menyokong pembangkang, ini semua propaganda DAP dan pembangkang,” katanya.

Tegasnya, pakatan pembangkang kini berada dalam keadaan tertekan berikutan permasalahan yang yang berlaku di kalangan parti-parti yang bergabung dalama pakatan itu terutama membabitkan PKR dan Pas.

Hamidah berkata, untuk menutup kelemahan dan permasalahan itu, pembangkang terutamanya DAP cuba membangkitkan suatu suasana baru untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada mereka

Posted by fitfirst on 02:20. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "DAP Hilang Akal, Tuduh UMNO Ajak Masuk BN"

Leave a reply

Blog Archive

Labels

Recently Commented

Recently Added