|

Budi Bahasa Pembuka Bicara

PELUANG mengikuti Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke 10 baru-baru ini membuka lembaran baru dalam dairi kewartawanan, dengan tempoh masa kira-kira 14 hari, hampi satu pertiga negeri Sarawak diterokai.

Pelbagai suasana sepanjang tempoh berkenaan banyak memebri pengalaman berguna berbanding dengan mengikuti pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini, kekuatan minda dan fizikal menjadi pertaruhan untuk mendapat cerita yang menarik.

Rumah panjang yang pernah saya lawati kira-kira 7 tahun lalu, kini sudah berubah wajah, jika dahulu keadaan rumah yang agak kurang menyenangkan, tapi rumah panjang itu ibarat seperti rumah teres, perbezaannya hanya beranda atau kawasan legar rumah berkenaan yang dikongsi bersama penghuninya.

Jarak antara suatu tempat yang jauh benar menguji ketahanan fizikal, keadaan jalan yang masih dalam pembikinan telah menyebabkan tubuh yang manja ini tersiksa sehingga untuk bergerak dari ruang sekitar 3 meter mengambil masa kira-kira 15 minit.

Walaupun masalah itu melanda diri, namun tidak merencatkan hasrat untuk terus meneroka Bumi Kenyalang yang penuh dengan pelbagai khazanah, di mana ramai di kalangan rakyat negara ini yang belum berpeluang untuk menikmatinya.

Menaiki bot express mengambil masa 3 jam suatu pengalaman baru sambil menyusur Sungai Rejang yang dihiasi dengan deretan rumah panjang dan hutan balak sepanjang perjalanan, di bandar Kapit menyaksikan kegigihan untuk mencari rezeki sesuap nasi membuktikan kegigihan rakyat Sarawak yang tidak pernah disaksikan di Semenanjung.

Ironiknya untuk dikongsi ialah bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari rezeki walaupun perkara itu tidak pernah terfikir di fikiran, tidak kurang dengan sambutan serta budi bahasa Bumiputera Sarawak yang pernah dengan adab budaya walaupun berbeza bangsa dan agama.

Keramahan tidak akan terjadi jika budi bahasa tidak dijadikan duluan untuk membuka langkah persahabatan supaya mudah berbicara.

Apapun peluang menikmati juadah ikan sungai “Empura” yang bernilai kira-kra RM500 sekilogram adalah suatu yang amat dihargai, bukan disebabkan keenakkan tetapi penghormatan kepada tetamu membuktikan ketinggian budi bahasa.

Posted by fitfirst on 21:41. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Budi Bahasa Pembuka Bicara"

Leave a reply

Blog Archive

Labels

Recently Commented

Recently Added