DAP Hilang Akal, Tuduh UMNO Ajak Masuk BN

DAP kelihatan semakin terdesak sehingga sanggup membuat pembohongan dan mengeluarkan kenyataan mengelirukan dengan mendakwa kononnya UMNO mempelawa parti itu menyertai Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman menyifatkan dakwaan DAP itu sebagai tidak masuk akal dan mempunyai niat untuk melaga-lagakan UMNO dengan parti komponen lain dalam BN.

“Adalah suatu yang tidak masuk akal, apabila DAP mengatakan UMNO mengajak mereka menyertai BN, apa yang dilakukan itu hanyalah sebagai propaganda mereka untuk menunjukkan UMNO dan BN berada dalam keradaan terdesak, sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya, DAP yang kini semakin rasa tertekan berikutan rakyat kini sudah kembali menyokong BN.

“Selain itu, mereka sebenarnya mempunyai niat jahat dan sengaja ingin melaga-lagakan hubungan baik yang dijalin antara parti-parti kompoenen dalam BN, mereka nak tengok kita bergaduh sesama sendiri dan akhirnya memberi kelebihan kepada mereka,” katanya kepada UMNO-online.

Hamidah berkata demikian ketika diminta mengulaskan berhubung kenyataan di beberapa blog dan media pro pembangkang yang mengatakan kononnya UMNO mempelawa DAP menyertai BN bertujuan untuk menarik sokongan pengundi kaum Cina menjelang pilihan umum ke 13.

Menurutnya, adalah mustahil UMNO atau BN untuk menerima DAP kerana perjuangan parti itu bercanggah dengan apa yang diperjuangkan oleh BN untuk semua kaum di negara ini tanpa mengira agama dan bangsa.

“Walaupun DAP mengatakan mereka parti berbilang kaum, namun mereka sebenarnya lebih tertumpu kepada sesuatu kaum Cina sahaja berbanding kaum lain walaupun mereka mengatakan mereka berjuang atas prinsip Malaysia Malaysian.

“Selain itu, DAP nampaknya cuba mengelirukan pemikiran rakyat dengan kenyataan itu supaya rakyat membenci UMNO dan BN dan akhirnya menyokong pembangkang, ini semua propaganda DAP dan pembangkang,” katanya.

Tegasnya, pakatan pembangkang kini berada dalam keadaan tertekan berikutan permasalahan yang yang berlaku di kalangan parti-parti yang bergabung dalama pakatan itu terutama membabitkan PKR dan Pas.

Hamidah berkata, untuk menutup kelemahan dan permasalahan itu, pembangkang terutamanya DAP cuba membangkitkan suatu suasana baru untuk mengalihkan tumpuan rakyat kepada mereka

02:20 | Posted in , | Read More »

DAP Perintah Ala Hitler Bukan UMNO

KUALA LUMPUR – Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Malaysia mengamalkan pemerintahan ala Hitler dianggap berbaur hasutan dan perkauman yang boleh menimbulkan suatu suasana tidak disenangi oleh rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan kenyataan itu sengaja ditimbulkan adalah untuk mengapi-apikan kemarahan serta kebencian rakyat kepada kepimpinan negara.

“Apa yang dilakukan itu membuktikan Guan Eng memang sengaja untuk membangkitkan suatu suasana supaya rakyat membenci kerajaan, dan perkara itu sudah lama dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya DAP.

“Pemimpin-pemimpin DAP selalu menuduh UMNO mengamalkan perkauman di negara ini, sedangkan UMNO tidak pernah berbuat begitu, tetapi pemimpin DAP yang sering bercakap dan berceramah berbaur perkauman.

“Ketika kempen pilihan raya Sarawak lalu, DAP secara terang-terangan menuduh UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan perkauman, mereka buat begitu untuk menakut-nakut bukan Melayu supaya menyokong mereka,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian kertika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang menuduh negara ini diperintah secara ala Hitler serta tuduhan DAP bahawa orang Melayu mengamalkan sikap perkauman.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong berkata, orang Melayu di negara ini tidak pernah mengamalkan perkauman sebaliknya hanya memperjuangkan hak yang telah dipersetujui oleh semua kaum di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Kebangkitan di kalangan orang Melayu kebelakangan ini berpunca daripada sikap pemimpin DAP yang sengaja membangkitkan isu perkauman dalam ceramah serta media yang berpihak kepada mereka.

“Kita tidak pernah bersifat perkauman, apa yang diperjuang atau dipertahankan adalah perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negera tetapi perkara itu telah diputar belitkan oleh pembangkang,” katanya.

Menurutnya, pembangkang sengaja memutar belit dan memanupulasikan apa yang berlaku dengan menuduh ada golongan tertentu mengamalkan perkauman di negara ini dengan harapan rakyat akan membenci kerajaan sedia ada.

Beliau berkata apa yang dilakukan pembangkang itu berpunca daripada timbulnya rasa tidak senang di kalangan mereka berikutan peningkatan sokongan rakyat terhadap BN sejak kebelakangan ini.

00:34 | Posted in , | Read More »

Demi Sesuap Nasi

Manusia mampu melakukan apa sahaja untuk mendapatkan rezeki. Mungkin apa yang dilakukan ini tidak mampu dilakukan oleh orang lain, namun lelaki ini memikul sebuah motosikal untuk di bawa ke daratan dalam cuaca panas.

Suasana ini dapat dilihat di Kapit, bandar persisiran Sungai Rejang yang mengambil masa kira-kira jam menaiki bot ekspres dari Sibu.

16:45 | Posted in , | Read More »

DUN Selangor Cipta Sejarah

Peguambela dan peguamcara, Datuk Mohd Hafarizam Haron menyifatkan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebesan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengeluarkan saman terhadap dirinya sebagai satu ugutan politik.

Menurutnya, jawatankuasa berkenaan mengeluarkan saman berkenaan terhadap dirinya kerana dikatakan telah menghantar surat yang menggunakan bahasa tidak senonoh, biadap dan mengugut Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chan Khim.

“Hari ini merupakan hari bersejarah untuk saya kerana mencipta sejarah dengan menjadi peguam pertama di Malaysia yang disaman oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Hak DUN Selangor.

“Tindakan menyaman saya supaya hadir mengadap jawatankuasa berkenaan adalah satu ugutan politik yang dilakukan untuk menghalang saya daripada menjalankan yugas sebagai peguambela dan pegguamcara kepada anak guam saya, Adun Pelabuhan Kelang, YB Badrul Hisham,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang akhbar berhubung saman yang diterima supaya menghadiri soal siasat oleh jawatankuasa berkenaan berhubung surat yang dihantar kepada firma guaman Tommy Thomas.

Surat yang dihantar itu adalah amalan biasa firma guaman untuk menuntut bayaran kos perbicaraan mahkamah anak guamnya, Badrul Hisham yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Disember lalu kerana keputusan memecat Badrul sebagai Adun Pelabuhan Kelang, sebagai tidak sah

Hafarizam berkata, beliau tidak akan hadir pada soal siasat yang dijalankan oleh jawatankuasa berkenaan, manakala Badrul yang turut dipanggil akan hadir kerana beliau seorang Adun Selangor.

“Saya akan menunggu keputusan yang akan diambil terhadap diri saya oleh jawatankuasa, sebelum mengambil tindakan selanjutnya termasuk mengambil tindakan undang-uundang untuk menjaga kepentingan dan hak saya,” katanya.

Beliau menggesa Majlis Peguam mengambil perhatian terhadap apa yang berlaku kepada dirinya kerana kes sebegini adalah pertama kali berlaku dalam profession perguaman di negara ini.

16:37 | Posted in , | Read More »

Budi Bahasa Pembuka Bicara

PELUANG mengikuti Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke 10 baru-baru ini membuka lembaran baru dalam dairi kewartawanan, dengan tempoh masa kira-kira 14 hari, hampi satu pertiga negeri Sarawak diterokai.

Pelbagai suasana sepanjang tempoh berkenaan banyak memebri pengalaman berguna berbanding dengan mengikuti pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini, kekuatan minda dan fizikal menjadi pertaruhan untuk mendapat cerita yang menarik.

Rumah panjang yang pernah saya lawati kira-kira 7 tahun lalu, kini sudah berubah wajah, jika dahulu keadaan rumah yang agak kurang menyenangkan, tapi rumah panjang itu ibarat seperti rumah teres, perbezaannya hanya beranda atau kawasan legar rumah berkenaan yang dikongsi bersama penghuninya.

Jarak antara suatu tempat yang jauh benar menguji ketahanan fizikal, keadaan jalan yang masih dalam pembikinan telah menyebabkan tubuh yang manja ini tersiksa sehingga untuk bergerak dari ruang sekitar 3 meter mengambil masa kira-kira 15 minit.

Walaupun masalah itu melanda diri, namun tidak merencatkan hasrat untuk terus meneroka Bumi Kenyalang yang penuh dengan pelbagai khazanah, di mana ramai di kalangan rakyat negara ini yang belum berpeluang untuk menikmatinya.

Menaiki bot express mengambil masa 3 jam suatu pengalaman baru sambil menyusur Sungai Rejang yang dihiasi dengan deretan rumah panjang dan hutan balak sepanjang perjalanan, di bandar Kapit menyaksikan kegigihan untuk mencari rezeki sesuap nasi membuktikan kegigihan rakyat Sarawak yang tidak pernah disaksikan di Semenanjung.

Ironiknya untuk dikongsi ialah bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari rezeki walaupun perkara itu tidak pernah terfikir di fikiran, tidak kurang dengan sambutan serta budi bahasa Bumiputera Sarawak yang pernah dengan adab budaya walaupun berbeza bangsa dan agama.

Keramahan tidak akan terjadi jika budi bahasa tidak dijadikan duluan untuk membuka langkah persahabatan supaya mudah berbicara.

Apapun peluang menikmati juadah ikan sungai “Empura” yang bernilai kira-kra RM500 sekilogram adalah suatu yang amat dihargai, bukan disebabkan keenakkan tetapi penghormatan kepada tetamu membuktikan ketinggian budi bahasa.

21:41 | Posted in , | Read More »

Pembangkang dengan sengaja mensensasikan apa sahaja perkara untuk memburuk-burukkan kerajaan walaupun apa yang bakal dilaksanakan itu membawa kebaikan kepada rakyat negara ini

Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Hamidah Osman berkata pembangkang sudah membuat keputusan mereka sendiri dengan menuduh apa yang dilakukan itu tidak akan membawa kebaikan walaupun perkara itu masih dalam proses pelaksanaan.

“Sudah menjadi sikap semula jadi pembangkang, apa sahaja yang dilakukan untuk kebaikkan rakyat, mereka akan cuba memanupulasikannya, mereka akan membuat apa sahaja supaya timbul perasaan benci rakyat kepada kerajaan.

“Mereka tetap tuduh projek ini gunakan duit kerajaan, duit rakyat sedangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sudah menyatakan bahawa projek itu dilakukan oleh pihak swasta dan tidak membabitkan duit kerajaan,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan pihak pembangkang yang menuduh penyediaan akuan e-mel untuk rakyat Malaysia sebagai satu pembaziran dan menggunakan duit kerajaan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan e-mel percuma di bawah konsep 1Malaysia kepada setiap rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang bertujuan untuk melancarkan komunikasi secara langsung antara warga Malaysia dan kerajaan.

Hamidah berkata, sepatutnya usaha yang dilakukan itu harus diterima baik kerana ia adalah suatu kebaikan dalam menjadi rakyat yang berinformasi kerana mendapat maklumat terus berhubung apa yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan untuk rakyat negara ini.

“Melalui e-mel ini kita akan dapat maklumat terkini yang datang terus dari kerajaan, dan tiada putar belit yang biasa dilakukan oleh pembangkang, kini dapt berita sebenarnya mengenai sesuatu yang ingin dilaksanakan.

“Apa yang dilakukan itu adalah antara usaha meningkatkan tahap pencapaian penerimaan maklumat, sejajar dengan usaha kerajaan untuk menjadikan nehara ini sebagai sebuah negara maju menjlang tahun 2020,” katanya.

Beliau menyeru supaya rakyat negara ini menerima baik projek e-mel 1Malysia itu dan jangan terpedaya dengan apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang yang sentiasa menangguk di air keroh demi untuk kepentingan politik mereka.

21:09 | Posted in , | Read More »

PKR - Tak Perlu Berkokok Tinggi, Terima Kenyataan

HAMPIR seminggu Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke 10 selesai, Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas memperolehi dua pertiga dari jumlah 71 kerusi yang diperuntukkan DUN Sarawak dengan BN memperolehi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1).

Seperti dijangkakan, DAP berjaya meningkatkan jumlah kerusi diperolehi berbanding pilihan raya negeri 2006 apabila berjaya menambah 3 lagi kerusi dari yang diperolehi sebelum ini sebanyak 9 kerusi.

Peningkatan jumlah kerusi diperolehi oleh DAP berikutan sokongan pengundi Cina terutama di kawasan bandar yang sememangnya memberi sokongan dan undi mereka pada parti itu, senario itu berlaku bukan sahaja di Sarawak malah di seluruh negara setiap kali pilihan raya diadakan.

Perkara itu sudah lama berlaku, pelbagai usaha sudah dilakukan oleh parti komponen kaum Cina BN untuk mengembalikan sokongan kaum berkenaan kepada BN, walaupun ada yang mengatakan bahawa sokongan itu sudah kembali namun realitinya perkara itu masih jauh dan banyak perkara yang perlu diperhalusi.

DAP sudah memulakan gerak kerja untuk menghadapi pilihan raya itu sejak mereka berjaya menawan Sibu dalam pilihan raya kecil pada 2010, DAP sudah mengerakkan jenteranya di bandar-bandar utama di Sarawak yang majoritinya kaum Cina dengan strategi mendapatkan undi simpati bagi manafikan majoriti dua pertiga BN.

Walaupun mereka tidak berjaya menafikan majoriti dua pertiga , namun kejayaan menambahkan suara mereka dalam DUN Sarawak untuk lima tahun akan datang adalah suatu pencapaian yang perlu dilihat oleh BN.

Berbeza dengan PKR, yang bercita-cita besar untuk menawan negeri berkenaan dengan menempatkan jumlah calon di 49 kawasan tetapi hanya mampu menawan tiga kerusi sahaja apabila pilihan raya berakhir.

PKR cuba menunjukkan mereka jaguh dalam politik di Sarawak dengan menggunakan taktik lama pada pilihan raya umum 2008 bagi mendapatkan simpati daripada rakyat Sarawak dengan slogan `Jom Ubah’ .

Mereka cuba menabur pelbagai janji melalui manifestonya, walaupun manisfesto itu kononnya hasil pemuafakatan pakatan pembangkang namun ia diketahui umum bahawa manifesto yang dicanaikan oleh pemimpin PKR pada pilihan raya 2008 dan kemudian diadaptasikan untuk pilihan raya di Sarawak.

Pemimpim mereka cuba mengula-gulakan rakyat Sarawak dengan pelbagai janji manis, sedangkan mereka masih tidak mampu melunaskan semua itu di negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang di semenanjung.

Cara berkempen yang memburuk-burukkan pemimpin BN itu adalah amalan biasa pembangkang yang di ketuai PKR, mereka sebenarnya terpaksa melakukan itu untuk menutup kelemahan dan kegagalan mereka sebagai pentadbir di negeri yang dikuasai.

Apa yang menarik, PKR masih tidak menerima realiti kekalahan teruk mereka di Sarawak, sebaliknya tetap menyalahkan BN yang dikatakan menyalah gunakan jentera kerajaan untuk berkempen, malah menuduh amalan rasuah dengan pemberian projek pembangunan untuk rakyat oleh pemimpin-pemimpin BN.

Apa yang diperkatakan oleh PKR itu diiabaratkan seperti `meludah ke langit, akhirnya jatuh menimpa muka sendiri’, apakah mereka tidak sedar apa yang dilakukan ketika pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kerajaan Selangor yang diketuai PKR turut melakukan perkara sama termasuk memberi bantuan ketika pilihan raya sedangkan mereka tidak pernah melakukan sebegitu sejak mengambil alih pentadbiran negeri itu.

PKR perlu menerima realiti, bahawa parti berkenaan kini sudah kehilangan taringnya, rakyat sudah mengetahui permainan mereka, permasalahan dalaman serta intergriti pemimpin mereka membuntikan PKR tidak layak untuk menjadi pemimpin negara ini.

Apa yang dapat disaksikan, PKR hanya pandai berkokok tetapi mereka sebenarnya tidak mampu menjadi pemimpin, modal mereka hanyalah Anwar Ibrahim seorang insan yang penuh dengan permasalahan peribadi dan moral tetapi bercita-cita tinggi untuk menawan Putrajaya bagi merealisasikan mimpinya menjadi Perdana Menteri.

21:00 | Posted in , | Read More »

Wajah Baru Rumah Panjang

23:50 | Posted in , | Read More »

Ini Kawan Sejati

Katakanlah (wahai Muhammad): “Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja,(dan akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa(kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya)…(an-Nisa`: 77

Menikmati ikan bakar cecah kuah asam sambil menikmati sirap limau memang `best’ sehingga kawan sebelah menegur pun tak sedari, bukan masalah keenakkan menikmati ikan bakar tu tetapi orang yang menegur tu dah berubah wajah dan penampilan.

Mana tak, dia dahulu yang segak berkot kini hanya memakai jeans dengan t-shirt (berjenama) membuatnya tidak dikenali, jika dia tidak menyebut sesuatu yang hanya diketahui kalangan kami pasti saya tak menoleh kepadanya.

Dia masih tak berubah dari dahulu, kecuali penampian dan wajah yang semakin dimakan usia tetapi masih segak. Sikap yang masih tidak berubah dari dulu ketika saya kenali ketika menerumahnya untuik siaran media, walaupun kini tokoh `besar'.

Penampilan berbezanya sekarang bukan disebabkan dia sudah jatuh bangkrap tetapi menurutnya ingin tukar penampilan untuk lebih bebas dan selesa, rupa-rupanya dia masih lagi menerajui dunia korporat dan antara yang berjaya.

Walaupun pertemuan terakhir kira-kira sepuluh tahun lalu, rupa-rupanya dia masih mengenali saya, alasannya dia menginggati kata-kata saya, 'saya tidak akan menegur `orang besar’ kerana khuatir orang itu tidak mengingati atau pura-pura tak kenal".

Sapaannya membuktikan dia masih tidak lupa apa yang pernah saya katakan, dan membuktikan semua `orang besar’ tidak semua sebegitu, malah kata-kata saya dijadikan panduan untuk tidak lupa diri.

Itulah ironinya seorang kawan, walaupun saya tidak lagi bergelar seorang wartawan, namun masih ingin berkawan berbeza dengan mereka-mereka yang lain, apabila seseorang itu tidak mempunyai apa-apa, kawan rapat pun `bisa’ diketepikan. Ingat-ingatlah...

02:50 | Posted in , | Read More »

Berjayakah Bawa Perubahan

Jangan hanya sekadar papan tanda, tapi penguatkuasaannya, TIADA. Itulah yang sering berlaku.

21:38 | Posted in , , | Read More »

Bila Terlalu Ghairah


Dalam perjalanan ke pejabat, sambil melekakan diri dengan celoteh serta suara untuk halwa telinga, tiba-tiba dikejutkan dengan mohon maaf dari sebuah akhbar `besar’ berhubung ketelanjuran mereka yang menyiarkan karikatur tsunami di Jepun.

Apa yang menarik untuk di tap-tip-tup ialah tiadanya perasaan sensitiviti berhubung kejadian yang berlaku, malah mempersendakan musibah yang bukannya disebabkan oleh perbuatan manusia tetapi datangnya dari Maha Esa.

Sepatutnya, kita harus menjadikan kejadiaan di Jepun itu sebagai satu renungan bukannya untuk jadikan bahan lawak jenaka sehingga kita lupa apa yang berlaku itu membuktikkan kekuasaaNYA sehingga meranapkan apa sahaja walau secanggih mana kemampuan kita tapi tak `bisa’ untuk menewaskanNYA.

Begitu juga, dengan keghairahan seorang artis yang sanggup mempersendakan kejadian itu dalam `twitternya’ dan banyak lagi di kalangan kita yang turut mempersendakan perkara yang sama dalam tulisan, percakapan walaupun nampak senggang tapi sebenarnya kita lupa apa yang sebenarnya.

Kesimpulan yang dapat kita perolehi dari apa yang berlaku, apabila manusia berada dalam keghairahan menyebabkannya jadi `dungu’ sehingga sanggup lakukan sesuatu tanpa memikirnya kesannya.

memang enak ketika ghairah hingga lupa apa yang kita lakukan.

“mohon maaf boleh dipinta, tapi pernah kita fikir kesan apa yang kita lakukan”

21:02 | Posted in , , | Read More »

Salam Pengenalan


Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

Tap-Tip-Tup... suatu rangkaian perkataan yang menghasilkan bunyi yang mungkin indah, mungkin jelek, mungkin buruk tapi mempunyai maksud yang tersendiri kepada saya, dan ada juga yang ingin mentafsirkan berdasarkan firasat, perasaan dan apa jua yang menghasilkan sesuatu untuk memenuhi tuntutan individu. Kreatif Untuk Hidup.

Tergerak hati untuk mencoret atau melakarkan sesuatu dalam tap-tip-tup adalah hasil dari pemberontakkan jiwa untuk mengeluarkan sesuatu bagi meluah apa yang terpendam yang boleh dikongsi bersama atau mungkin sekadar untuk tatapan dan akhir dibiar begitu sahaja.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang berkecimpung meluahkan apa yang terbuku perasaan amarah, dendam, cinta, suka dan apa sahaja yang terlintas sehingga melahirkan kata-kata dan diadaptasikan dalam perkataan yang akhirnya terpahat dalam suatu nukilan yang dikenali sebagai blog.

Tap-Tip-Tup adalah ruang untuk berkongsi idea, pendapat dan pandangan dalam membina satu kehidupan dan juga suatu ruang untuk teguran kepada sesiapa sahaja, dan apa yang digarap itu bukanklah serangan tetapi peringatan kerana sebagao manusia kita perlu diperingati selalu supaya kita tidak tersasar dari landasan bak kata Tun M `Melayu Mudah Lupa’. Hakikatnya `manusia sering lupa’ .

Walau bagaimanapun, tap-tip-tup bersedia untuk menerima teguran, sapaan, malah mungkin bersedia untuk dimaki kerana kita tak mampu mengawal perasaan dan luahan manusia namun kita harus jadikan sebagai landasan, kita perlu dengan terbuka dan menilai mengapa perkara itu terjadi... Jumpa lagi. Wassalam.

19:03 | Posted in , , , | Read More »

test

trrrrrr

18:30 | Posted in | Read More »

Blog Archive

Labels

Recently Commented

Recently Added